PERSMEBAHAN KHAS ELHAM DI KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM (KTD), PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTAN PADA 3 JANUARI 2010 SEMPENA JEMPUTAN OLEH PIHAK KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM KEPADA ELHAM UNTUK MENJADI JURI FINAL PERTANDINGAN NASYID KURSUS JATI DIRI DAN KESUKARELAWAN REMAJA 2009/2010 ANJURAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM), PERTUBUHAN HIMPUNAN LEPASAN INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA (HALUAN), DAN KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM (KTD) SENDIRI BERTEMPAT DI KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM, PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTAN. VIDEO OLEH IBNUYUSUF CORPORATION STUDIO a.k.a. NIK MOHD SYAMIM IYLIA IBNUYUSUF.
PERSMEBAHAN KHAS ELHAM DI KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM (KTD), PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTAN PADA 3 JANUARI 2010 SEMPENA JEMPUTAN OLEH PIHAK KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM KEPADA ELHAM UNTUK MENJADI JURI FINAL PERTANDINGAN NASYID KURSUS JATI DIRI DAN KESUKARELAWAN REMAJA 2009/2010 ANJURAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM), PERTUBUHAN HIMPUNAN LEPASAN INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA (HALUAN), DAN KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM (KTD) SENDIRI BERTEMPAT DI KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM, PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTAN. VIDEO OLEH IBNUYUSUF CORPORATION STUDIO a.k.a. NIK MOHD SYAMIM IYLIA IBNUYUSUF.
Assalamu'alaikum..kami nak berkongsi cerita la sikit dengan anda semua,itu pun kalau sudi nak dengarkan hehehe...ni kami nak cite tentang pengalaman kami semasa menghadiri mesyuarat pembikinan album kompilasi ni..kisah ni boleh dikatakan sebagai cabaran dan dugaan buat kami semua..citenye berlaku 2kali pada waktu yang berbeza tp pada situasi yang agak sama la...haa mungkin anda tertanya-tanyakan apa citenyekan :-)ok sekarang sy mulakan citenye eh..kisah yg pertama berlaku pd mesyuarat minggu yg lepas..waktu perjalanan kami menuju ke tempat mesyuarat iaitu di rumah abang roslan ARE BUDDY..waktu tu kami berenam dengan menaiki 3buah moto..ringkas citenye sebaik sampai di rumah abang roslan kami dapati bahawa hanya 2buah moto sahaja yang sampai..motor yang masih belum sampai tu ditungang oleh crew kami sapa lagi kalau bukan en.ibnuyusuf kite huhu kesian dia;-( kami pun mula naik pelik dan hairan sebab setahu kami,kami bergerak bersama dengan jarak yang tidak berapa jauh..selang berapa minit Hasbi ELHAM mendapat panggilan...rupa-rupanya tanpa kami sedari moto sahabat kami telah kebocoran ditengah jalan hehehe...sabar jela ye buat syamim...maka ANA pun pergi la menghulurkan bantuan pernafasan secara imediatly....;-)
maka disambung pula pada kisah yg kedua....berlaku pada perjumpaan menandatangani surat akur janji..perjumpaan ditempat yg sama...tp kali ni berlaku sebelum kami bertolak ke bachok..Nurman ELHAM keluar pergi ke pasaraya pantai timur,pengkalan chepa...kami ahli ELHAM menunggu kepulangan Nurman untuk bergerak bersama-sama pergi ke bachok..tiba-tiba kami mendapat panggilan drpd Nurman..dia memberitahu motornya telah mati semasa perjalanan pulang akibat kehabisan bateri...huhuhu suatu yang begitu mencabar bagi kami,waktu itu kami sudah lewat dari waktu perjumpaan...dikesempatan ini kami nak memohon maaf buat semua ahli ONE DEEN,NUR ONE,EL TIEZAM dan yang paling utama skali pada abang roslan yang banyak bersabar melayan karenah kami yang agak nakal nie hahahahaha...papepun kami anggap ape yg berlaku ni sebagai cabaran,dorngan dan kenangan kami bersama..sekian...(FIRDAUS@ELHAM)
Mungkin anda semua tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah berlaku menyebabkan ELHAM muncul dengan wajah baru ini. Secara ringkasnya kami ingin menyatakan tidak ada sebarang masalah yang berlaku antara ahli kami. Cuma ini disebabkan oleh faktor Amir dan Faizul terpaksa mengundur diri atas sebab tidak dapat mengikuti pembikinan album kompilasi yang bakal muncul tidak lama lagi, ini juga disebabkan faktor pengajian yang menghalang mereka untuk bersama dengan kami. Walaubagaimanapun Amir dan Faizul tetap menjadi tulang belakang ELHAM dan ukhwah antara kami tetap terjalin hingga ke akhirnya.
Berkenaan ahli baru ELHAM ini merupakan inisiatif kami untuk meneruskan perjuangan ELHAM, terutama bagi pembikinan album kompilasi yang bakal bermula tahun hadapan. pertemuan antara kami tidaklah perlu menjadi satu tanda tanya kepada anda semua. Pertemuan dan perpisahan itu adalah ketentuan ALLAH SWT, kita sebagai hamba hanya mampu merancang. Namun sebaik-baik perancangan dan ketentuan itu adalah dari ALLAH SWT. Justeru harapan kami adalah agar perjuangan ELHAM akan sentiasa mendapat keredhaan ALLAH SWT.
ELHAM DULU, KINI DAN SELAMANYA..
TULUS INGATAN BUAT AMIR DAN FAIZUL..
Akhir sekali, kami perkenalkan dua ahli baru kami dengan segala hormatnya :
NAMA : MOHD NURMAN BIN GHAZALI
ASAL : TERENGGANU
TARIKH LAHIR : 7 OKTOBER 1987
HOBI : MENYANYI, DECORATION
PENDIDIKAN : DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI, KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM
"KADANG-KADANG ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI DI BALIK AWAN MENDUNG, DIA DATANGKAN PETIR DAN GURUH, KITA TERCARI-CARI DIMANAKAH MATAHARI, TETAPI RUPA-RUPANYA ALLAH MEMBERI KITA PELANGI.."
NAMA : MUHAMMAD JUNDULLAH BIN OTHMAN
ASAL : TERENGGANU
TARIKH LAHIR : 3 OKTOBER 1986
HOBI : BERSUKAN, BERNASYID
PENDIDIKAN : DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI, KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM
"PENGALAMAN TIDAK BOLEH DICIPTA, TETAPI PENGALAMAN PERLU DICARI"

"Bila Unta dah tak selera makan… Kambing mula resah.. Lembu pura-pura gelisah.. Ayam je nampak cool! itu tandanya Hari Raya Korban dah nak dekat.. Selamat Hari Raya AidilAdha!!"
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pengunjung blog
ini, terima kasih kami ucapkan sepanjang kelahirannya, pengunjung masih lagi maintain bersama-sama kami. Berkat kesabaran dan usaha kita semua, laman rasmi
masih lagi gah di persada blogging!
Di kesempatan ini, saya selaku wakil pihak krew
serta ahli keluarga
ingin mengucapkan selamat menyambut bulan mulia, hari mulia,saat mulia dalam Islam iaitu AidilAdha! Semoga semua usaha kita selama ini diberkati Allah hendakNya.
Nampak tak ayat ‘quote’ di atas? haa.. itu cuma sebahagian ayat SMS yang saya terima daripada rakan-rakan yang masih mengingati saya, Terima Kasih saya ucapkan.. Yang mana saya tak sempat SMS atau call, jangan marah, bukan saya lupa.. tidak, cuma kesibukan mengatasi segalanya. Walaupun sibuk saya tetap akan menlapangkan masa dalam hari yang mulia ini untuk bersama-sama semua saudara-mara demi ukhwah bersama.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan, ‘SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA WARGA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI SELURUH DUNIA”






























