SHOOTING v4 ELHAM

Dicatat oleh ELHAM PRODUCTION SDN BHD Khamis, 25 Februari 2010 0 ulasan


SHOOTING v4 ELHAM
KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN SEBENAR/LEBIH JELAS




























SHOW ELHAM DI PESAT GABUNGAN, KTD

Dicatat oleh ELHAM PRODUCTION SDN BHD 0 ulasan




Nurman ELHAM di Sinar Harian Edisi Kelantan

Dicatat oleh ELHAM PRODUCTION SDN BHD Khamis, 11 Februari 2010 0 ulasan



Sinar Harian Edisi Kelantan I Isnin 08 Februari 2010 (Mukasurat K22)




Preview dari tulisan Hazelen Liana Kamarudin

Minat dorong Nurman aktif nasyid

SEINDAH namanya begitulah juga suaranya, maka tidak mustahil beberapa tahun lalu Mohd Nurman Ghazali, 23, yang merupakan seorang ahli kumpulan ELHAM dipilih oleh gurunya untuk menyertai kumpulan nasyid sekolah.

Beliau yang berperwatakan pemalu ini merupakan anak muda yang berasal dari Terengganu dan kini sedang menuntut di semester empat di Kolej teknologi Darul Naim.

Mempelajari Diploma Pengurusan Perniagaan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia mendorong anak muda yang merupakan anak ke enam daripada 12 beradik ini untuk menjadi seorang ahli perniagaan di masa akan datang.

"Saya masih ingat kenangan di mana pada masa di Tingkatan Dua di mana ia merupakan detik penting indah apabila saya berpeluang untuk menyertai kumpulan sebuah kumpulan nasyid.

"Bermula dari situlah minat terhadap nasyid semakin mekar di dalam diri ini," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, semenjak mendapat peluang itu dia mula aktif menjadikan bidang nyanyian nasyid itu sebagai salah satu aktiviti yang dilakukannya apabila mempunyai masa lapang.

Nurman berkata, sekarang ini dia juga masih aktif menyanyi bersama kumpulan nasyid di kolej tersebut dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar juniour.

"Melalui nasyid saya dapat menyampaikan mesej yang baik secara islamik dan melaluinya juga saya berpeluang mempelajari teknik-teknik vokal yang betul," katanya.

Beliau berharap dapat berdakwah kepada orang ramai melalui alunan alat muzik yang dimainkan dan menjadi pendorong kepada orang-orang lain untuk berjaya.

Nurman berkata, selain dapat berdakwah dia ingin jadikan bidang nasyid sebagai satu bidang yang boleh mengembangkan bakat yang ada di kalangan generasi muda khususnya kepada pelajar-pelajar kolej itu.

Nantikan SATU DESTINASI

Nantikan Kemunculan Album Kompilasi Nasyid "SATU DESTINASI" menggandingkan Kumpulan ELHAM, ONEDEEN, SUFFIAN, dan ELTIEZAM

Bual@Bicara ELHAM

Profil Peminat ELHAM (friendster)

ELHAM PRODUCTION's Fan Box (FACEBOOK)