Assalamu'alaikum wr wbt.. Pertamanya, kami (ELHAM) memohon seribu kemaafan kerana sekian lama menyepi atas faktor-faktor tertentu. Tapi kini kami muncul kembali dengan sedikit kejutan kepada anda semua yang selama ini sentiasa memberi sokongan kepada perjuangan kami. Kami harap kemunculan wajah baru ELHAM ini dapat diterima oleh anda semua, khususnya penyokong setia kami yang dikasihi. Dengan kemunculan wajah baru ini, kami akan meneruskan matlamat perjuangan DAKWAH menerusi industri nasyid ini.
Mungkin anda semua tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah berlaku menyebabkan ELHAM muncul dengan wajah baru ini. Secara ringkasnya kami ingin menyatakan tidak ada sebarang masalah yang berlaku antara ahli kami. Cuma ini disebabkan oleh faktor Amir dan Faizul terpaksa mengundur diri atas sebab tidak dapat mengikuti pembikinan album kompilasi yang bakal muncul tidak lama lagi, ini juga disebabkan faktor pengajian yang menghalang mereka untuk bersama dengan kami. Walaubagaimanapun Amir dan Faizul tetap menjadi tulang belakang ELHAM dan ukhwah antara kami tetap terjalin hingga ke akhirnya.
Berkenaan ahli baru ELHAM ini merupakan inisiatif kami untuk meneruskan perjuangan ELHAM, terutama bagi pembikinan album kompilasi yang bakal bermula tahun hadapan. pertemuan antara kami tidaklah perlu menjadi satu tanda tanya kepada anda semua. Pertemuan dan perpisahan itu adalah ketentuan ALLAH SWT, kita sebagai hamba hanya mampu merancang. Namun sebaik-baik perancangan dan ketentuan itu adalah dari ALLAH SWT. Justeru harapan kami adalah agar perjuangan ELHAM akan sentiasa mendapat keredhaan ALLAH SWT.
ELHAM DULU, KINI DAN SELAMANYA..
TULUS INGATAN BUAT AMIR DAN FAIZUL..
Akhir sekali, kami perkenalkan dua ahli baru kami dengan segala hormatnya :

NAMA : MOHD NURMAN BIN GHAZALI
ASAL : TERENGGANU
TARIKH LAHIR : 7 OKTOBER 1987
HOBI : MENYANYI, DECORATION
PENDIDIKAN : DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI, KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM
"KADANG-KADANG ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI DI BALIK AWAN MENDUNG, DIA DATANGKAN PETIR DAN GURUH, KITA TERCARI-CARI DIMANAKAH MATAHARI, TETAPI RUPA-RUPANYA ALLAH MEMBERI KITA PELANGI.."
NAMA : MUHAMMAD JUNDULLAH BIN OTHMAN
ASAL : TERENGGANU
TARIKH LAHIR : 3 OKTOBER 1986
HOBI : BERSUKAN, BERNASYID
PENDIDIKAN : DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI, KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM
"PENGALAMAN TIDAK BOLEH DICIPTA, TETAPI PENGALAMAN PERLU DICARI"
0 ulasan