
Assalamualaikum wr wbt.. Kepada semua sahabat, anda di jemput hadir beramai-ramai ke karnival jom heboh bertempat di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada jam 5.30 petang hingga 6.30 petang di khemah kerajaan negeri kelantan untuk bersama kumpulan ELHAM. hadiah istimewa mnanti anda semua..
SEINDAH namanya begitulah juga suaranya, maka tidak mustahil beberapa tahun lalu Mohd Nurman Ghazali, 23, yang merupakan seorang ahli kumpulan ELHAM dipilih oleh gurunya untuk menyertai kumpulan nasyid sekolah.
Beliau yang berperwatakan pemalu ini merupakan anak muda yang berasal dari Terengganu dan kini sedang menuntut di semester empat di Kolej teknologi Darul Naim.
Mempelajari Diploma Pengurusan Perniagaan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia mendorong anak muda yang merupakan anak ke enam daripada 12 beradik ini untuk menjadi seorang ahli perniagaan di masa akan datang.
"Saya masih ingat kenangan di mana pada masa di Tingkatan Dua di mana ia merupakan detik penting indah apabila saya berpeluang untuk menyertai kumpulan sebuah kumpulan nasyid.
"Bermula dari situlah minat terhadap nasyid semakin mekar di dalam diri ini," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, semenjak mendapat peluang itu dia mula aktif menjadikan bidang nyanyian nasyid itu sebagai salah satu aktiviti yang dilakukannya apabila mempunyai masa lapang.
Nurman berkata, sekarang ini dia juga masih aktif menyanyi bersama kumpulan nasyid di kolej tersebut dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar juniour.
"Melalui nasyid saya dapat menyampaikan mesej yang baik secara islamik dan melaluinya juga saya berpeluang mempelajari teknik-teknik vokal yang betul," katanya.
Beliau berharap dapat berdakwah kepada orang ramai melalui alunan alat muzik yang dimainkan dan menjadi pendorong kepada orang-orang lain untuk berjaya.
Nurman berkata, selain dapat berdakwah dia ingin jadikan bidang nasyid sebagai satu bidang yang boleh mengembangkan bakat yang ada di kalangan generasi muda khususnya kepada pelajar-pelajar kolej itu.
http://www.elham.com.my AKAN DATANG MENEMUI ANDA SEMUA!! SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIAJUKAN KEPADA ibnuyusuf@elham.com.my
PERSMEBAHAN KHAS ELHAM DI KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM (KTD), PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTAN PADA 3 JANUARI 2010 SEMPENA JEMPUTAN OLEH PIHAK KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM KEPADA ELHAM UNTUK MENJADI JURI FINAL PERTANDINGAN NASYID KURSUS JATI DIRI DAN KESUKARELAWAN REMAJA 2009/2010 ANJURAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM), PERTUBUHAN HIMPUNAN LEPASAN INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA (HALUAN), DAN KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM (KTD) SENDIRI BERTEMPAT DI KOLEJ TEKNOLOGI DARUL NAIM, PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, KELANTAN. VIDEO OLEH IBNUYUSUF CORPORATION STUDIO a.k.a. NIK MOHD SYAMIM IYLIA IBNUYUSUF.












