Indahnya ciptaan tuhan yang esa
Mencipta segala isi dunia
Limpahan nikmat yang tidak terkira
Diberikan kepada hamba bertaqwa

Adakah kita terfikir dan terus menafsir
Segala-gala yang telah dikurniakan

Namun tak pernah sesekali
Tuhan mengharapkan balasannya
Kita sebagai hambanya
Haruslah mensyukurinya

Ohhhh...

Kita sebagai hamba-Nya harus mentaati-Nya
Dan menjalankan amanah yang diperintahkan-Nya
Kita hamba bertaqwa harus terus berusaha
Dan mensyukuri segala nikmat-Nya

Kedamaian.. Ketenangan... Keindahan.. Cipataan tuhan
Kau fikirkan... Kau renungkan... Di lubuk hatimu oh insan
Yang beriman



Composer : Hasbi Elham & Firdaus Elham (Elham Production Sdn Bhd)

DAURATUNA : MAKSUD DAN KISAHNYA

Dicatat oleh ELHAM PRODUCTION SDN BHD Jumaat, 4 Jun 2010 0 ulasan



MAKSUD KASAR LIRIK DALAM BAHASA MELAYU

Kita pernah bersama-sama diuji sesekali, tapi sekalipun tidak pernah untuk mengeluh walau bertalu-talu diuji tanpa henti. (1) Kau sering bertanyakan bilakah semua ini akan berakhir, yang hanya aku dapat katakana adalah sabar dan sabar. (2) Apabila penamatnya (kesengsaraan) sudah ditemui, Tapi memori perjuangan disini (kursus) tak kami biarkan dia pergi.(3) Melalui ranjau dan putaran hidup yang panjang, pasti tidak lagi kami kesunyian walau bjauhan tetapi kita masih lagi bersama disini (kursus) dalam ingatan.(4) Jadi disini terlafaz sudah di sebalik kisah ranjau ini, berbekalkan pengalaman disini pasti kita temui kejayaan hidup.(5)


KISAH DI SEBALIK LAGU

Lagu ini asalnya adalah sebuah tugas yang diberikan oleh ustaz dan ustazah di kursus bahasa arab bagi persediaan para pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di universiti timur tengah. Dimana para peserta di minta menghasilkan lagu dengan lirik dan melodi tersendiri tanpa mengambil mana-mana sumber serta diminta persembahkan di MAJLIS PENUTUP KURSUS BAHASA ARAB. Jadi lagu ini mula ditulis dari sini, dan apa yang yang dikatakan kisah disebalik lagu ini adalah merupakan cerita serta pengalaman dari kursus ini.

Lagu ini mengisahkan AKU (GURU) dan KAU (PELAJAR) disebuah Kursus Bahasa Arab yang sama-sama menempuh ujian bersama. GURU diuji dengan cabaran untuk memastikan PELAJARnya faham, manakala PELAJAR pula diuji dengan kepayahan memahami pengajaran dari GURU. PELAJAR-PELAJAR ini seringkali bertanya pada gurunya, bilakah susahpayah ini akan berakhir sedangkan masa yang ada hampir ke penghujung. Para GURU pula bertalu-talu nasihat dan semangat kepada PELAJAR agar sentiasa bersabar kerana dengan kesabaran ini akan membuahkan kejayaan. Akhirnya kejayaan itu berbuah buat para PELAJAR dengan berbekalkan nasihat dan ilmu dari GURU.

Jadi mereka abdikan lagu ini untuk GURU-GURU tercinta pada persembahan di Majlis Penutup Kursus tersebut. Sejurus itu para PELAJAR diumumkan oleh GURU mereka, bahasa kursus kali ini (2 Mei – 3 Jun 2010) merupakan PELAJAR paling ramai, dan PELAJAR dan KURSUS PALING TERBAIK dalam sejearah rekod PUSAT BAHASA ARAB, YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK). Berjayanya kami hari itu adalah daripada teguhnya tiangnya, tidaklah siapa melainkanmu GURU sebagai tiang kami.. Terima kasih buatmu guru.. Dengarkanlah dari kami DAURATUNA (Kursus Kami)..


Nantikan SATU DESTINASI

Nantikan Kemunculan Album Kompilasi Nasyid "SATU DESTINASI" menggandingkan Kumpulan ELHAM, ONEDEEN, SUFFIAN, dan ELTIEZAM

Bual@Bicara ELHAM

Profil Peminat ELHAM (friendster)

ELHAM PRODUCTION's Fan Box (FACEBOOK)